14 Okt 2010, Khamis. Pasukan Tanjung Rhinos telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan ragbi SMK Dato' Usman Awang bertempat di padang mereka. Cuaca yang indah pada petang ini menjadikan segala program yang dirancang berjalan dengan baik. Pasukan SMK Dato' Usman Awang sedang giat melakukan persediaan untuk menghadapi Kejohanan Ragbi Jemputan PPD Kulai. Turut mendapat sentuhan dari jurulatih baru, Saudara Izat bekas pemain ragbi SSBP yang kini menuntut di UTM. Perlawanan pada petang itu agak seimbang dari segi keputusan. Namun Tanjung Rhinos menunjukkan prestasi yang begitu membanggakan. Tanjung Rhinos pada petang ini diwakili oleh 20 orang pelajar. Beberapa muka baru turut menampilkan persembahan bertenaga. Latihan pada petang ini disifatkan sebagai berjaya dan semoga ikatan antara Tanjung Rhinos dan SMK Usman Awang akan terjalin erat demi pembangunan pasukan ragbi bersama.
6 Okt 2010, Rabu. Setelah bercuti sempena hari raya aidilfitri, kini pasukan Tanjung Rhinos kembali turun ke padang latihan. Mula menjalani latihan 3 kali seminggu bermula 20 Sep 2010, Pasukan Tanjung Rhinos telah menjenguk pasukan jiran setempat iaitu SMK Tasek Utara. Sebagai permulaan, beberapa orang pemain nampak masih belum bersedia untuk perlawanan yang lebih kompetetif. Beberapa muka baru juga dilihat tidak menyerlah. Pemain-pemain lama dilihat agak baik dengan beberapa larian yang baik dan sentuhan yang baik. Tiada penilaian khusus untuk perlawanan persahabatan ini. Hanya untuk meraikan keghairahan mereka untuk turun ke padang memulakan latihan. Apapun, satu permulaan yang baik. Semoga kami dapat membuat kunjungan susulan ke sana.
Bergambar bersama sebelum perlawanan bermula. Tanjung Rhinos berjersey hitam di sebelah kanan dan SMK Usman Awang berjersey biru bersama bekas jurulatih mereka En Fidzamil (Kini di MCKK) |
![edit post](http://www.blogger.com/img/icon18_edit_allbkg.gif)
2 Reply to "Persahabatan 2010"
Fidzamil on January 15, 2011 at 8:09 PM
Gud luck Tg Puteri!!
TANJUNG RHINOS RC on January 23, 2011 at 7:44 AM
tq mil..
Post a Comment