TR:Rugby

Inspirational SMV Tanjung Puteri Rugby Team (Tanjung Rhinos)

Showing posts with label KAT Segamat 2011. Show all posts
Showing posts with label KAT Segamat 2011. Show all posts

Tanjung Rhinos bersiap sedia untuk menghadapi cabaran pada hari ke-2
29 April 2011, Jumaat. Hari yang indah telah bermula. Cuaca yang redup ditambah dengan tiupan angin yang agak kuat serta keadaan padang yang masih sedikit basah memang sangat membantu pemain-pemain untuk mempamerkan aksi terbaik masing-masing. Tanjung Rhinos dijadualkan untuk bermain pada perlawanan ketiga menentang pasukan SMV Muar. Debaran semakin memuncak sebaik masa perlawanan semakin dekat. Para pemain melakukan latihan memanaskan badan dengan kadar sebaik mungkin termasuk untuk tujuan cuba menghilangkan debaran yang kian memuncak. Beberapa perlawanan dijadualkan akan berlangsung hari ini, dengan perlawanan semi final, penentuan 3/4 dan final akan berlangsung disebelah petang.

Sebelah pagi, perlawanan peringkat kumpulan yang kedua iaitu menentang pasukan SMV Muar. Mereka mengejutkan kami dengan mendapatkan 'try' yang pertama sebelum Tanjung Rhinos kembali mendahului dengan 'try' daripada Nazirul (2 try), Adib dan Azli. Dengan kesemua 'convertion kick' sempurna oleh Afizi dan Fakar menjadikan keputusan akhir 28-7. Muncul sebagai johan kumpulan dan akan menentang naib johan dari kumpulan B. Naib johan kumpulan B hanya akan dapat diketahui selepas pertandingan terakhir peringkat kumpulan B.

Bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi
Cikgu Fadli mengadili perlawanan melibatkan Tanjung Rhinos buat kesekian kalinya
Tanjung Rhinos berjersi hitam menentang SMV Muar berjersi kuning
Nazirul cuba untuk menghalang pergerakan lawan
Convertion kick dari Afizi

Pukul 4 petang, semi final pertama, Tanjung Rhinos menentang pasukan jiran, SMT Johor Bahru. Perlawanan bermula dengan baik. Insiden di awal-awal permainan mengakibatkan Afizi terpaksa dibawa keluar nyata tidak memadamkan semangat Tanjung Rhinos dan mudah mengatasi cabaran SMT Johor Bahru dengan jumlah mata 27-0. 'Try' Tanjung Rhinos telah disumbangkan oleh Norazli Amir, Ridhwan, Fakar ('try' ala-ala All Black), Fatah dan juga dari Norazli Amir sekali lagi. Kekurangan pemain akibat Nazirul menerima kad kuning kerana melakukan 'hand off' yang tidak sah turut tidak memberikan ruang kepada SMT Johor Bahru untuk mendapatkan sebarang mata. Syukur, layak ke final buat kali pertama.

Afizi terpaksa dibawa keluar diminit-minit awal permainan
Semi final antara Tanjung Rhinos menentang SMT Johor Bahru
Serangan awal dari SMT Johor Bahru
Detik-detik sebelum Fakar berjaya melakukan 'try' ke-3
SMT Johor Bahru menunjukkan konsistensi apabila meraih tempat ke-4 untuk 2 tahun berturut-turut
Semi Final ke-2 menyaksikan pasukan tuan rumah, SMV Segamat mudah membenam cabaran SMV Muar dengan kemenangan 25-7. Final KAT edisi 2011 menemukan pasukan pilihan dan tuan rumah, SMV Segamat menentang Tanjung Rhinos.



edit post

KATV 2011 di SMV Segamat 28-30 April 2011 

28 April 2011, Khamis. SM Vokasional Segamat telah terpilih sebagai tuan rumah untuk KAT edisi kali ini. Sebagai perbandingan, untuk empat edisi yang terdahulu, kejohanan ragbi KAT kebiasaannya diadakan secara persendirian dan tidak disertai oleh pertandingan-pertandingan lain. Buat kali pertama, SM Vokasional Segamat sebagai tuan rumah memilih untuk menjalankan pertandingan ragbi bersama-sama pertandingan-pertandingan yang lain iaitu bola sepak, takraw, rekacipta dan 'english debate'. Kemeriahan KAT kali ini turut dapat dirasai oleh pasukan-pasukan ragbi. Dengan deretan gerai-gerai makanan, bas-bas kontinjen bergerak keluar dan masuk, kereta-kerata memenuhi lot-lot 'parking' dan ribuan orang berpusu-pusu menambah seri KAT kali ini.

TANJUNG RHINOs di KAT 2011 Segamat
Diri dari kiri : Long, Lukman, Nazirul, Akmal, Cgu Salmezan, Tn Hj Salleh, Afizi, Ridhwan,  Haziq, Naqib, Azli dan Kuning
Duduk dari kiri : Azwanis, Adib, Fatah, Ruzilan, Arif (c), Fakar, Harziq, Firdaus, Norazliamir dan Afizul
Pasukan Tanjung Rhinos telah diundi di dalam kumpulan A bersama pasukan SM Vokasional Muar (Johan KAT edisi 2010) dan SM Vokasional Batu Pahat. Pasukan SMT Perdagangan telah menarik diri atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Manakala kumpulan B pula terdiri daripada pasukan SMV Segamat (naib johan KAT edisi 2010), SMV Kota Tinggi, SMT Johor Bahru dan SMV Kluang. Kesemua perlawanan ragbi akan diadakan di SMK Bandar Putra, Segamat. Perlawanan pertama Tanjung Rhinos adalah menentang pasukan SMV Batu Pahat pada petang Khamis jam 5.30 petang. Kontinjen mula bergerak ke sana lebih awal dan sempat menyaksikan perlawanan di antara SMV Muar dan SMV Batu Pahat yang berakhir dengan kemenangan bagi pasukan SMV Muar dengan mata 10-7. Nyata SMV Muar merupakan satu pasukan yang hebat dan akan memberikan cabaran yang sengit.

Setelah menyaksikan beberapa perlawanan termasuk perlawanan membabitkan pasukan tuan rumah, SMV Segamat, akhirnya tibalah giliran Tanjung Rhinos untuk menguji pasukan SMV Batu Pahat. Bermula dengan 'try' Fatah pada awal permainan, dan convertion yang disempurnakan oleh Afizi memberikan mata awal 7-0. Beberapa minit berselang Afizi mencuri tumpuan apabila mudah melepasi forward lawan untuk 'try' kedua dan seterusnya menyempurnakan 'convertion kick' menjadikan kedudukan terkini 14-0. 'Try' ketiga telah disumbangkan oleh Nazirul dengan 'convertion kick' yang sekali lagi disempurnakan oleh Afizi menjadikan Tanjung Rhinos selesa mendahului dengan mata 21-0 pada separuh masa yang pertama.

Bermula separuh masa yang kedua, pasukan Tanjung Rhinos terus menambah jumlah pungutan mata apabila Azwanis menghadiahkan 'try' yang keempat dengan 'convertion kick' sekali lagi disempurnakan oleh Afizi. Kedudukan 28-0 tidak kekal lama apabila Fatah sekali lagi menghadiahkan satu lagi 'try' menjadikan kedudukan akhir Tanjung Rhinos 33-0 Batu Pahat. Hujan renyai-renyai sebelum pertandingan tadi benar-benar membawa rahmat Ilahi kepada pasukan kami. Kekalahan kedua oleh SMV Batu Pahat menjadikan mereka terkeluar dari saingan KAT 2011 ini. Kami melangkah pulang dengan mengharap agar dapat melakukan sesuatu yang lebih baik pada esok hari. Syukur Ya Allah..

Sesi memanaskan badan menjelang pertandingan menentang SMV Batu Pahat
Detik-detik sebelum Fatah berjaya mendapatkan 'try'
SMV Kota Tinggi, salah satu pasukan yang mengambil bahagian 



edit post