|
Tanjung Rhinos di Voc-Ar 10's 2011 Duduk dari kiri : Akmal, Lukman, Arif (c), Ridhwan, Haziq Afiqi dan Azwanis Berdiri dari kiri : Norazliamir, Adib, Amin, Fakar, Fatah, Hakim, Kuning, Afizi dan Cikgu Ali Tiada dalam gambar : Ruzilan |
Kejohanan pemanas badan yang pertama untuk tahun 2011. Kejohanan VOC-AR 10's 2011 yang berlangsung di SM Vokasional Arau dan Uitm Arau. Kejohanan selama dua hari ini menyaksikan sejumlah hampir 40 buah pasukan berkumpul dan bersaing di sini untuk kategori 'school open' dan 'ipt open'. Tanjung Rhinos telah mula bergerak seawal hari khamis, 27 Januari 2011 jam 11 malam. Perjalanan kali ini disertai oleh 15 orang pelajar, 3 orang guru, En Abd Rahman bin Ahmad dan En Mohd Ali Redza bin Yusoff dan Tn Hj Salleh bin Kaimi dan 2 orang pilot, En Md Yusuf bin Md Salleh dan En Mahadzir bin Hj Markom.
Kami selamat sampai di SMV Arau pada jam 3 ptg keesokkan harinya. Kami juga sempat melakukan sedikit latihan pada petang tersebut di padang utama. Ribuan terima kasih kepada SMV Arau yang sudi menerima kunjungan kami dan turut menyediakan penginapan untuk kami. Keramahan anda amat kami senangi. Terima kasih kepada pihak sekolah yang mengizinkan pemergian kami dan penghargaan kepada para penaja kami
|
PIBG dan KOPERASI SM VOKASIONAL TG PUTERI |
|
JAKEL CAWANGAN JOHOR BAHRU |
- SYARIKAT DOBI KITA (Tn Hj Ismail bin Hj Ali)
- SYARIKAT REKAMAHIR (En Saroni bin Madar)
- ZNF SINAR ENT.
- Pn Rozana bt Kabil
Tanpa anda mungkin perjalanan kami tidak selancar ini. Ini merupakan penyertaan sulung kami dalam Open Arau 10's. Jika kami mampu mencetak sesuatu disini, itu merupakan bonus yang cukup besar. Kami mohon doa anda agar Tanjung Rhinos berjaya kali ini.
|
Destinasi kami |
0 Reply to "VOC-AR 10's 2011"
Post a Comment