TR:Rugby

Inspirational SMV Tanjung Puteri Rugby Team (Tanjung Rhinos)

VOC-AR 10's 2011 2nd day (0)

3:20 PM by , under

Hari terakhir di SMV Arau dan mudah-mudahan kami akan terus dijemput pada masa-masa akan datang
Ahad 30 Jan 2011, Hari terakhir kami di SMV Arau, Perlis. Pagi ini kami bersiap awal seperti biasa. Mengerjakan solat subuh, menikmati sarapan di kantin dan terus bersiap ke padang. Perlawanan pertama pada pagi ini adalah menentang pasukan SEMSAH untuk penentuan cup-plate yang dijadualkan akan berlangsung pada lebih kurang jam 9 pagi. Beberapa orang pemain mengalami kecederaan kecil termasuk stand off kita yang terpaksa mendapatkan rawatan di Klinik malam tadi. Dengan hanya tinggal seorang pemain di bangku simpanan, keadaan tampak sukar. Dan akhirnya, Tanjung Rhinos gagal dengan jaringan 0-21 di tangan SEMSAH. Perlawanan seterusnya, suku akhir plate menemukan Tanjung Rhinos dengan SMK King Edwards VII. Dan Tanjung Rhinos ditunjukkan jalan keluar dengan kekalahan 0-21. Berakhirlah perjuangan Tanjung Rhinos di Perlis.
Disebalik kekalahan hari ini, banyak perkara positif yang kita dapat lakarkan sepanjang beberapa hari berkampung di SMV Arau ini. Pemain-pemain dapat membina keyakinan diri dan cuba bermain dengan lebih baik dan sememangnya permainan mereka meningkat dari satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain. Tanjung Rhinos sedang belajar untuk mengenal erti kematangan. Kita gagal membawa sebarang kejayaan dari sini, tetapi kita mampu mencapai objektif kita iaitu bersaing dengan pasukan-pasukan handalan dari seluruh pelusuk tanahair. Saya yakin kita akan mencetak keputusan yang lebih baik di kejohanan-kejohanan lain yang kita akan sertai jika pemain berterusan berusaha dan berusaha.

Keputusan akhir hari ini, Pasukan STAR muncul Johan Cup setelah mengenepikan cabaran English College  dengan jumlah mata 17-12. Manakala bagi kategori plate pula, pasukan SMK King Edwards VII muncul johan mengatasi pasukan SDAHA. 2 pasukan dari Johor berjaya mengisi slot final. Giliran kami pula nanti, mudah-mudahan. Jam 8.30 malam, kami mula bergerak meninggalkan SMV Arau yang telah meninggalkan seribu kenangan yang manis buat kami. Kami berharap kunjungan pertama ini tidak akan menjadi kunjungan yang terakhir. Terima kasih SM Vokasional Arau, mudah-mudahan kita akan berjumpa lagi.

Lagi gambar menentang SMV Arau
Kapten Tanjung Rhinos, Arif dengan baselayer Totalfield barunya
Voc-Ar 10s 2011 merupakan kejohanan terbuka yang pertama disertai oleh Tanjung Rhinos
Shukri bermati-matian memberikan segala yang terbaik untuk pasukan
"Nama dibelakang anda itu lebih utama, bermain sebagai satu pasukan, anda pasti boleh"
Norazliamir antara pemain yang sentiasa mempamerkan permainan bertenaga dan konsisten
Wajah-wajah juara Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh




edit post

0 Reply to "VOC-AR 10's 2011 2nd day"

Post a Comment