TR:Rugby

Inspirational SMV Tanjung Puteri Rugby Team (Tanjung Rhinos)

Proud to be TANJUNG RHINOs
Duduk dari kiri : Azwanis, Nazirul, Adib, Kecik, Hasmadi, Harziq, Firdaus, Pisang, Afizi (pack-leader)
Diri dari kiri : Shukri, Fakar, Zul, Ariff (captain), Haziq, Naqib, Ridhwan, Rasydan, Affiz, Bobby, Akmal, Azli, Lokman, Fauzan, Fatah, Cgu Salmezan
Tiada dalam gambar : Cgu Khairee, Cgu Rahman dan Aminullah
15 April 2011, Jumaat. Final Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru U18 2011 menemukan Pasukan MSAB dengan TANJUNG RHINOs. Hanya beberapa minit selepas permainan, EC telah berjaya mendapatkan try. TANJUNG RHINOS memberi reaksi yang positif apabila Afizi berjaya menyempurnakan penalty goal untuk menjadikan kedudukan mata 5-3. Kedudukan ini hanya kekal beberapa ketika sebelum mereka menambah 4 try lagi di separuh masa yang pertama. Separuh masa kedua, try demi try telah dilakukan oleh mereka dan menjadikan keputusan akhir, EC membenam Tanjung Rhinos dengan pungutan mata 69-3. Kekalahan Tanjung Rhinos yang cukup besar kepada pasukan yang jauh lebih baik, kalah di tangan yang terbaik.

Kekalahan itu sebenarnya hanyalah dari aspek pungutan mata. Terlalu banyak 'kemenangan' yang telah dan akan kami kutip. Menentang Pasukan EC, Johan tradisi bagi daerah Johor Bahru, pencabar utama bagi MSS Johor dan diwakili oleh sejumlah besar pemain yang telah beraksi mewakili Johor Tahun lepas, sudah tentu membantu kami dari aspek permainan, disiplin permainan, taktikal dan mental. Pengalaman ini sangat berguna memandangkan Kejohanan Antara Teknik (KAT) hanya berbaki lagi beberapa hari sebelum sepak mula. Kelemahan-kelemahan dapat dikenalpasti. Antara perkara yang perlu dititik beratkan ialah kecergasan. Tanjung Rhinos hanya mampu mengimbangi permainan EC sekitar 15 minit yang pertama. Dengan deretan pemain yang tercedera, itu membuktikan kita perlu meningkatkan aspek kecergasan dengan lebih serius dan pesat.

Kelemahan-kelemahan itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang perlu kita sesali. Sebaliknya sesuatu yang perlu disedari dan kita perlu bekerja untuk mengatasi kelemahan-kelemahan itu. Menjuarai KAT 2011 adalah sasaran utama projek Ragbi Tanjung Rhinos 2011. Mengatasi kelemahan-kelemahan kita bermaksud kita akan semakin menghampiri kejuaraan yang kita idam-idamkan. Apapun, tahniah buat semua jurulatih dan pemain Tanjung Rhinos, kita telah beroleh kemenangan BONUS yang pertama, muncul naib johan, Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru U18 tahun 2011 ini. Keringat yang kita tumpahkan sejak sekian lama, kini mula membuahkan hasil. Teruskan perjuangan kita, terus mara TANJUNG RHINOs.

line up TANJUNG RHINOS vs ENGLISH COLLEGE
SUB : Lokman, Affiz, Bobby, Fauzan, Amin, Firdaus, Harziq, Kecik, Azli dan Hasmadi
Tanjung Rhinos terus diasak dan dipaksa untuk bertahan
Antara gerakan-gerakan yang turut mencemaskan pertahanan EC
Memulihkan semangat sejurus selepas separuh masa pertama tamat
Kecederaan lama kembali menghantui Akmal
Shukri turut mengalami kecederaan ringan
Barisan penyokong kuat Tanjung Rhinos yang turut hadir memberikan sokongan
Dari kiri : En Zamani dan Pn Rozana (penjaga), En Zainuzzaman b Mohd Salleh (pengetua) dan  Tn Hj Salleh b Kaimi (Mahaguru SMVTP) 
Kick Off dari pemain berbakat besar, Adib
Sejurus sebelum berlangsungnya upacara penyampaian hadiah
Kapten Tanjung Rhinos, Arif Isbani menerima sijil penyertaan dari pihak penganjur



edit post

0 Reply to "Ragbi MSSD Johor Bahru U18 2011, Hari keempat TANJUNG RHINOs muncul Naib Johan"

Post a Comment