TR:Rugby

Inspirational SMV Tanjung Puteri Rugby Team (Tanjung Rhinos)

7 Jun 2011, jam 1200. Bersedia untuk bertolak ke Kuantan
Kejohanan Ragbi KATV Kebangsaan (Kejohanan Antara Teknik/Vokasional) kali ke 14 tahun 2011 akan bermula pada hari Jumaat, 10-11 Jun 2011 di SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan. Pasukan Tanjung Rhinos telah mula berkumpul di SMVTP untuk menjalani latihan akhir bermula 3 Jun 2011 (Jumaat). Latihan selama 4 hari tersebut dirangka untuk memastikan stamina pemain-pemain berada pada tahap yang terbaik setelah  masing-masing bercuti di kampung halam selama seminggu disamping memastikan kesemua pemain dapat berlatih bersama. Seramai 19 orang pemain telah berjaya dikumpulkan dan akan mewakili Zon Johor ke KATV Kebangsaan kali ke14 di Kuantan nanti. 

Pada hari Selasa, 7 Jun 2011, Pasukan Tanjung Rhinos bersedia untuk bergerak ke Kuantan menyertai kontinjen-kontinjen lain yang dijangka akan memenuhi perkampungan sukan di sekitar Kuantan pada hari ini. Sebelum bertolak, pemain-pemain telah diberikan motivasi oleh Pn. Saadah, seorang motivator dari IPTI. Bertolak dari SMVTP sekitar jam 1200, pasukan akhirnya tiba di Perkampungan Sukan SMT Kuantan sekitar jam 1830. Kami disambut dengan ramah oleh warga SMT Kuantan. Berbaki lagi 2 hari sebelum sepak mula, kami telah meneruskan aktiviti latihan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memastikan masa yang terluang itu dapat diisi dengan sebaiknya. Foto-foto berikut merupakan sebahagian daripada aktiviti yang kami jalankan pada 8-9 Jun 2011 sebelum sepak mula 10 Jun nanti. Usaha-usaha terakhir dalam menaikkan nama Johor dan SM Vokasional Tanjung Puteri.

8 Jun 2011, jam 0800. Latihan ringan di Padang SMT Kuantan
8 Jun 2011, jam 1530. Menjalani latihan di Padang Awam Taman Gelora, Kuantan
8 Jun 2011, jam 2000. Menghadiri Majlis Perasmian KATV 2011 di Padang SMT Kuantan
9 Jun 2011, jam 0800. Mendaki Bukit Pelindung sejauh 2.5km
9 Jun 2011, jam 1530. Penyesuaian gelanggang di SMK Sultan Abu Bakar
10 Jun 2011, jam 1730. Latihan di sekitar Pantai Gelora
10 Jun 2011, jam 1800. Menikmati pemandangan sekitar Pantai Gelora
10 Jun 2011, jam 1830. Menikmati hidangan makan malam di sekitar Pantai Gelora



edit post

0 Reply to "Tanjung Rhinos menyertai Ragbi KATV Kebangsaan 2011 di Kuantan"

Post a Comment