Harimau Malaya VS Singapura Stadium Bukit Jalil 28 Julai 2011 8.45malam
Masih di dalam suasana fenomena dengan pasukan Harimau Malaya walaupun sesekali kedengaran suara-suara yang tidak begitu aman untuk didengar ekoran kekalah Harimau Malaya di tangan Singapura, 5-3 pada pertemuan kali pertama di Singapura tempohari. Begitupun kunjungan Singapura di Malaysia sudah tentu akan melalui ranjau yang cukup berliku dan sukar dan kami yakin Harimau Malaya akan bermain bermati-matian untuk membalas kembali kekalahan tersebut. Bermain di padang rumput sebenar, berbanding padang sintetik (Singapura) sudah tentu ianya memberi sedikit kelebihan kepada pasukan negara. Untuk para ULTRAS MALAYA, saya sangat sukakan istilah 'Pemain ke-12' dan sememangnya anda cukup layak untuk menggalas tugas itu. Untuk rekod sekitar 60 ribu tiket telah terjual sehingga petang Selasa, 26 Julai 2011. Ini memberikan satu mesej yang jelas bagaimana keadaan stadium pada waktu tersebut. Pasukan Datuk Rajagopal walaupun terkadang diberikan kritikan membina, namun saya tetap yakin dengan kebolehannya - dan Harimau Malaya keseluruhannya. Dengan dibarisi pemain-pemain yang cukup muda menjelaskan betapa Harimau Malaya kini sedang bercita-cita tinggi dengan dipimpini oleh jurulatih yang penuh falsafah dan berpandangan jauh. Kami mengiringi perjuangan anda nanti - HARIMAU MALAYA - dengan doa kejayaan. Semoga berjaya dan sememangnya anda telah berjaya.
0 Reply to "Bangkitlah HARIMAU MALAYA!!"
Post a Comment