|
Tribute to Tanjung Rhinos 2010-2011 |
|
Mencari kejayaan yang lebih besar - SPM 2011 |
Selamat maju jaya buat semua Pemain TR 2010-2011 yang akan menduduki SPM 2011. Anda pernah melalui saat-saat gembira mengecapi kemenangan hasil usaha yang tidak pernah putus-putus dan didorong oleh jiwa yang tidak mudah dikalahkan. Ayuh lakukannya sekali lagi dalam SPM 2011 anda.
|
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA : Satu inspirasi |
Kejohanan Ragbi Kajang X 2011 adalah merupakan kejohanan tahunan kali kedua. Kejohanan anjuran Kelab Ragbi Kajang (KRC) dengan kerjasama Persatuan Ragbi Putrajaya (PRP) telah berlangsung di Padang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 8-9 Okt 2011. Terdapat dua kategori yang dipertandingan iaitu kategori sekolah bawah 18 Tahun dan kategori Terbuka Jemputan Kelab. Tanjung Rhinos telah menghantar pasukan bawah 16 Tahun untuk tujuan mendapat pendedahan di sana. Berikut merupakan keputusan perlawanan melibatkan Tanjung Rhinos di Kejohanan Ragbi Jemputan Kajang X 2011
- Tanjung Rhinos vs KOSAS 0-14
- Tanjung Rhinos vs SMK Jalan Bukit 14-14
- Tanjung Rhinos vs SMK Saujana Impian 7-0
- Tanjung Rhinos vs SMK Jalan Bukit 0-21 (Penentuan CUP/PLATE)
- Tanjung Rhinos vs SMK Saujana Impian 0-5 (Semi Final PLATE)
Gagal untuk mendapat tempat yang baik walaupun kelihatan berpeluang cerah pada peringkat awal. Namun kami berjaya mengutip pengalaman yang cukup berharga di sana. Kami menjangkakan pasukan 2011/2012 ini akan menyertai satu atau dua lagi kejohanan ragbi sebelum bersaing di peringkat MSSD dan KAT 2012. Penghargaan yang tidak terhingga buat semua pihak yang terlibat terutamanya kepada penganjur -
Kajang Rugby Club, SM Teknik Perdagangan dan SM Teknik Kajang atas bantuan dan kesudian membantu dan menerima kami.
|
Kali pertama TANJUNG RHINOS di UKM |
|
Tetap melonjak tinggi biarpun gagal - Berani Gagal |
|
Aksi Semi Final Plate yang dirakam dari kejauhan - TR vs SMK Saujana Impian |