TR:Rugby

Inspirational SMV Tanjung Puteri Rugby Team (Tanjung Rhinos)

Barisan Pemain Tanjung Rhinos 2011-2012 menentang PDRM Johor
12 Okt 2011, Selasa. Tahniah kepada Pasukan Tanjung Rhinos kerana berjaya mengungguli perlawanan persahabatan paling kompetetif yang pernah berlangsung di Laman Tanjung Puteri. Kemenangan ini walaupun daripada perlawanan persahabatan amat bermakna buat kami terutamanya kepada barisan pemain Tanjung Rhinos yang baru. Kedua-dua pasukan telah bersaing sengit dan perlawanan berlangsung dengan begitu mendebarkan sejak dari sepak mula lagi dan telah menarik perhatian ramai penghuni asrama untuk menyokong pasukan kesayangan mereka. Pasukan PDRM Johor berjaya mendapatkan 'try' awal ketika kami bergelut untuk mengatasi rasa gemuruh sebelum Beto kembali menggamatkan keadaan dengan mendapatkan 'try' pertama Tanjung Rhinos dalam tempoh 25 minit yang pertama. Tanjung Rhinos meningkatkan asakan dan banyak menguasai bola dengan kemasukan beberapa pemain Tingkatan 5 dan berjaya mendapatkan 2 'try' lagi menerusi Haziq Affiqi dan Nazirul selepas PDRM Johor turut mendapatkan satu lagi 'try' menjadikan keputusan akhir Tanjung Rhinos 15-10 PDRM Johor. Syabas buat semua pemain-pemain TR anda sememangnya luar biasa.

Sesi memanaskan badan dan menghilangkan kegementaran
PDRM Johor mengatur serangan melalui scrum
Perlawanan yang turut menjadi tumpuan seluruh warga asrama
Sesi refleksi PDRM Johor



edit post

0 Reply to "Tanjung Rhinos vs PDRM Johor : Perlawanan persahabatan"

Post a Comment