TR:Rugby

Inspirational SMV Tanjung Puteri Rugby Team (Tanjung Rhinos)

Tanjung Rhinos bersiap sedia untuk menghadapi cabaran pada hari ke-2
29 April 2011, Jumaat. Hari yang indah telah bermula. Cuaca yang redup ditambah dengan tiupan angin yang agak kuat serta keadaan padang yang masih sedikit basah memang sangat membantu pemain-pemain untuk mempamerkan aksi terbaik masing-masing. Tanjung Rhinos dijadualkan untuk bermain pada perlawanan ketiga menentang pasukan SMV Muar. Debaran semakin memuncak sebaik masa perlawanan semakin dekat. Para pemain melakukan latihan memanaskan badan dengan kadar sebaik mungkin termasuk untuk tujuan cuba menghilangkan debaran yang kian memuncak. Beberapa perlawanan dijadualkan akan berlangsung hari ini, dengan perlawanan semi final, penentuan 3/4 dan final akan berlangsung disebelah petang.

Sebelah pagi, perlawanan peringkat kumpulan yang kedua iaitu menentang pasukan SMV Muar. Mereka mengejutkan kami dengan mendapatkan 'try' yang pertama sebelum Tanjung Rhinos kembali mendahului dengan 'try' daripada Nazirul (2 try), Adib dan Azli. Dengan kesemua 'convertion kick' sempurna oleh Afizi dan Fakar menjadikan keputusan akhir 28-7. Muncul sebagai johan kumpulan dan akan menentang naib johan dari kumpulan B. Naib johan kumpulan B hanya akan dapat diketahui selepas pertandingan terakhir peringkat kumpulan B.

Bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi
Cikgu Fadli mengadili perlawanan melibatkan Tanjung Rhinos buat kesekian kalinya
Tanjung Rhinos berjersi hitam menentang SMV Muar berjersi kuning
Nazirul cuba untuk menghalang pergerakan lawan
Convertion kick dari Afizi

Pukul 4 petang, semi final pertama, Tanjung Rhinos menentang pasukan jiran, SMT Johor Bahru. Perlawanan bermula dengan baik. Insiden di awal-awal permainan mengakibatkan Afizi terpaksa dibawa keluar nyata tidak memadamkan semangat Tanjung Rhinos dan mudah mengatasi cabaran SMT Johor Bahru dengan jumlah mata 27-0. 'Try' Tanjung Rhinos telah disumbangkan oleh Norazli Amir, Ridhwan, Fakar ('try' ala-ala All Black), Fatah dan juga dari Norazli Amir sekali lagi. Kekurangan pemain akibat Nazirul menerima kad kuning kerana melakukan 'hand off' yang tidak sah turut tidak memberikan ruang kepada SMT Johor Bahru untuk mendapatkan sebarang mata. Syukur, layak ke final buat kali pertama.

Afizi terpaksa dibawa keluar diminit-minit awal permainan
Semi final antara Tanjung Rhinos menentang SMT Johor Bahru
Serangan awal dari SMT Johor Bahru
Detik-detik sebelum Fakar berjaya melakukan 'try' ke-3
SMT Johor Bahru menunjukkan konsistensi apabila meraih tempat ke-4 untuk 2 tahun berturut-turut
Semi Final ke-2 menyaksikan pasukan tuan rumah, SMV Segamat mudah membenam cabaran SMV Muar dengan kemenangan 25-7. Final KAT edisi 2011 menemukan pasukan pilihan dan tuan rumah, SMV Segamat menentang Tanjung Rhinos.



edit post

0 Reply to "Pertandingan Ragbi KAT Johor edisi 2011 hari Kedua"

Post a Comment