TR:Rugby

Inspirational SMV Tanjung Puteri Rugby Team (Tanjung Rhinos)

Latihan mengangkat bebanan di tangga
12 April 2011, Khamis. Satu perlawanan persahabatan menentang Pasukan Ragbi SMK Bandar Penawar telah diadakan di SMS Kota Tinggi (SAKTI). Perlawanan persahabatan yang diatur ini bertujuan untuk memastikan para pemain dapat bermain sekurang-kurangnya dalam tiga perlawanan kompetetif sebagai persediaan untuk ke Kejohanan Antara Teknik yang bakal berlangsung awal Jun nanti di Kuantan. Pertemuan ini merupakan yang pertama antara kedua-dua pasukan ini. Tanjung Rhinos telah bergerak ke Bandar Penawar seawal jam 2 petang dan tiba di SAKTI sekitar jam 3.30 petang tanpa sebarang masalah.

Perlawanan telah dimulakan selepas kami menunaikan kewajipan mengerjakan solat asar. Cuaca yang sedikit mendung serta padang yang becak agak menyulitkan pemain-pemain dari membuat gerakan-gerakan yang lebih tersusun. Tanjung Rhinos telah diwakili seramai 20 orang pemain yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Hari ini para pemain diminta untuk bermain dengan idea yang datang dari mereka dan seterusnya turut dilaksanakan oleh mereka. Permainan yang ditunjukkan pada petang ini tidaklah begitu menonjol tapi memadai dengan para pemain selesa dan sentiasa berusaha untuk mempamerkan pemainan yang pelbagai dan mencuba gerakan-gerakan yang baru.

Pasukan kedua yang rata-rata diwakili oleh pemain pelapis turut menunjukkan kematangan dari aspek teknikal, taktikal dan mental yang lebih tenang. Ini memberikan signifikan yang positif bahawa kami memiliki sejumlah pemain pelapis yang berbakat dan sudah semakin bersedia untuk diketengahkan. Perlawanan hari ini berlangsung sekitar hampir satu jam keseluruhannya. Perlawanan yang baik dan insyaallah kami akan mengatur satu lagi perlawanan persahabatan di Bandar Penawar sekiranya berpeluang. Baki 3 minggu sebelum KAT Kebangsaan bermula, kami akan mengatur segala yang terbaik sebagai persediaan ke Kuantan. Kami memohon doa kalian agar Tanjung Rhinos diberikan kejayaan di sana. Terima Kasih.

Memanaskan badan sebelum memulakan perlawanan
Mendengar taklimat dari Cikgu Syed, Coach tuan rumah dan pengadil pada petang ini
Tanjung Rhinos lebih kemas dengan sut stokin biru yang baru
Aksi-aksi perlawanan pada petang ini
Adib mengeluarkan bola kepada Nazirul
Afizi cuba menjatuhkan pemain lawan
Sepakan Convertion Kick yang disempurnakan oleh Luqman



edit post

0 Reply to "Perlawanan persahabatan dengan SMK Bandar Penawar"

Post a Comment