TR:Rugby

Inspirational SMV Tanjung Puteri Rugby Team (Tanjung Rhinos)

Sepetang di SMK Dato' Ali Haji Ahmad (0)

7:32 PM by , under

Kali pertama mengadakan perlawanan persahabatan di Pontian
27 Okt 2010, Rabu. Pasukan Tanjung Rhinos telah mengadakan latihan bersama dengan pasukan SDAHA, Pontian. Latihan kali ini melibatkan sejumlah 20 orang pelajar. Kami menerima sambutan hangat dari tuan rumah. Terima kasih tidak terhingga kepada pasukan SDAHA, pemain-pemain dan guru-guru iaitu En Isma Haniff Esa dan En Abdul Aziz Che Yusuf. Pasukan SDAHA sedang mempersiapkan pemain untuk school champ challenge yang akan diadakan di Mersing nanti. Latihan pada petang ini kami sifatkan sebagai sangat positif. Beberapa orang pelajar sudah menemui sentuhan semula, mula mempraktikkan pengetahuan-pengetahuan dan mula membentuk semangat sepasukan yang lebih jitu. Hanya beberapa minggu saja lagi akan berlangsung sebelum cuti akhir tahun mengambil tempat.Kami merancang untuk mengadakan beberapa siri latihan seumpama ini lagi nanti. Persinggahan kami yang seterusnya mungkin MRSM Pontian. Maju dan terus maju Tanjung Rhinos..










edit post

Persahabatan 2010 (2)

6:49 PM by , under


14 Okt 2010, Khamis. Pasukan Tanjung Rhinos telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan ragbi SMK Dato' Usman Awang bertempat di padang mereka. Cuaca yang indah pada petang ini menjadikan segala program yang dirancang berjalan dengan baik. Pasukan SMK Dato' Usman Awang sedang giat melakukan persediaan untuk menghadapi Kejohanan Ragbi Jemputan PPD Kulai. Turut mendapat sentuhan dari jurulatih baru, Saudara Izat bekas pemain ragbi SSBP yang kini menuntut di UTM. Perlawanan pada petang itu agak seimbang dari segi keputusan. Namun Tanjung Rhinos menunjukkan prestasi yang begitu membanggakan. Tanjung Rhinos pada petang ini diwakili oleh 20 orang pelajar. Beberapa muka baru turut menampilkan persembahan bertenaga. Latihan pada petang ini disifatkan sebagai berjaya dan semoga ikatan antara Tanjung Rhinos dan SMK Usman Awang akan terjalin erat demi pembangunan pasukan ragbi bersama.


Bergambar bersama sebelum perlawanan bermula. Tanjung Rhinos berjersey hitam di sebelah kanan dan SMK Usman Awang berjersey biru bersama bekas jurulatih mereka En Fidzamil (Kini di MCKK)

6 Okt 2010, Rabu. Setelah bercuti sempena hari raya aidilfitri, kini pasukan Tanjung Rhinos kembali turun ke padang latihan. Mula menjalani latihan 3 kali seminggu bermula 20 Sep 2010, Pasukan Tanjung Rhinos telah menjenguk pasukan jiran setempat iaitu SMK Tasek Utara. Sebagai permulaan, beberapa orang pemain nampak masih belum bersedia untuk perlawanan yang lebih kompetetif. Beberapa muka baru juga dilihat tidak menyerlah. Pemain-pemain lama dilihat agak baik dengan beberapa larian yang baik dan sentuhan yang baik. Tiada penilaian khusus untuk perlawanan persahabatan ini. Hanya untuk meraikan keghairahan mereka untuk turun ke padang memulakan latihan. Apapun, satu permulaan yang baik. Semoga kami dapat membuat kunjungan susulan ke sana.











edit post