TR:Rugby

Inspirational SMV Tanjung Puteri Rugby Team (Tanjung Rhinos)

Cikgu Mohd Fazly bin Mohd Salleh menyampaikan Taklimat Undang-undang Permainan Ragbi
25 Mei 2011, Rabu. Petang ini guru-guru penasihat dan pemain-pemain Tanjung Rhinos akan berkumpul di Bilik APD untuk mendengar Taklimat Undang-undang Permainan Ragbi yang akan disampaikan oleh Cikgu Mohd Fazly bin Mohd Salleh, jurulatih dan pengadil dari SMK Tun Syed Nasir Ismail. Kelas pada petang ini bermula jam 3 petang di Bilik APD sebelum  ke padang selepas solat asar. Kelas yang dijadulkan berakhir jam 5.30 petang ini akhirnya berakhir sekitar jam 6.30 jam. Respon yang baik dari pelajar memaksa supaya taklimat ini dipanjangkan tempohnya. Terima kasih di atas kesudian Cikgu Fazly hadir dan memberi taklimat pada petang ini. Kedatangan tuan pada petang ini memberi input yang cukup baik buat kami. 

Pelajar-pelajar memberi tumpuan sepenuhnya
Taklimat disampaikan dengan kaedah yang cukup baik dan berkesan
Cgu Salmezan dan Cgu Khairee turut memberi tumpuan sepenuhnya



edit post

Pemain Politeknik JB bergambar sebelum perlawanan persahabatan berlangsung
17 Mei 2011, Selasa. Perlawanan persahabatan terakhir yang dijadualkan sebelum menyertai Kejohanan Ragbi KATV Peringkat Kebangsaan 7-11 Jun nanti. Terima kasih di atas kesudian pemain-pemain Politeknik Johor Bahru yang sudi bertandang ke laman kami. Terima kasih kepada Kudud yang sudi menjadi perantara dan memastikan perlawanan persahabatan ini dapat dilaksanakan. Pasukan Politeknik ini juga turut diwakili oleh ex-SMVTP iaitu Kudud, Amirul dan Rasyid. Bermain dengan pasukan yang rata-ratanya lebih berumur dari pasukan Tanjung Rhinos memberi satu inspirasi yang sangat besar dan memberi peluang kepada diri kami untuk meneroka potensi diri dengan lebih pesat. Kami kini selangkah lagi lebih bersedia untuk menghadapi saingan di sana.

Penampilan terakhir dengan jersi hijau klasik kami (2007-2011)
Akmal bersedia untuk membuat rempuhan besar
Nazirul cuba memecahkan pertahanan lawan
Perlawanan persahabatan yang menjadi medan untuk pemain-pemain baru menunjukkan bakat



edit post

Latihan mengangkat bebanan di tangga
12 April 2011, Khamis. Satu perlawanan persahabatan menentang Pasukan Ragbi SMK Bandar Penawar telah diadakan di SMS Kota Tinggi (SAKTI). Perlawanan persahabatan yang diatur ini bertujuan untuk memastikan para pemain dapat bermain sekurang-kurangnya dalam tiga perlawanan kompetetif sebagai persediaan untuk ke Kejohanan Antara Teknik yang bakal berlangsung awal Jun nanti di Kuantan. Pertemuan ini merupakan yang pertama antara kedua-dua pasukan ini. Tanjung Rhinos telah bergerak ke Bandar Penawar seawal jam 2 petang dan tiba di SAKTI sekitar jam 3.30 petang tanpa sebarang masalah.

Perlawanan telah dimulakan selepas kami menunaikan kewajipan mengerjakan solat asar. Cuaca yang sedikit mendung serta padang yang becak agak menyulitkan pemain-pemain dari membuat gerakan-gerakan yang lebih tersusun. Tanjung Rhinos telah diwakili seramai 20 orang pemain yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Hari ini para pemain diminta untuk bermain dengan idea yang datang dari mereka dan seterusnya turut dilaksanakan oleh mereka. Permainan yang ditunjukkan pada petang ini tidaklah begitu menonjol tapi memadai dengan para pemain selesa dan sentiasa berusaha untuk mempamerkan pemainan yang pelbagai dan mencuba gerakan-gerakan yang baru.

Pasukan kedua yang rata-rata diwakili oleh pemain pelapis turut menunjukkan kematangan dari aspek teknikal, taktikal dan mental yang lebih tenang. Ini memberikan signifikan yang positif bahawa kami memiliki sejumlah pemain pelapis yang berbakat dan sudah semakin bersedia untuk diketengahkan. Perlawanan hari ini berlangsung sekitar hampir satu jam keseluruhannya. Perlawanan yang baik dan insyaallah kami akan mengatur satu lagi perlawanan persahabatan di Bandar Penawar sekiranya berpeluang. Baki 3 minggu sebelum KAT Kebangsaan bermula, kami akan mengatur segala yang terbaik sebagai persediaan ke Kuantan. Kami memohon doa kalian agar Tanjung Rhinos diberikan kejayaan di sana. Terima Kasih.

Memanaskan badan sebelum memulakan perlawanan
Mendengar taklimat dari Cikgu Syed, Coach tuan rumah dan pengadil pada petang ini
Tanjung Rhinos lebih kemas dengan sut stokin biru yang baru
Aksi-aksi perlawanan pada petang ini
Adib mengeluarkan bola kepada Nazirul
Afizi cuba menjatuhkan pemain lawan
Sepakan Convertion Kick yang disempurnakan oleh Luqman



edit post

Our Rugby Project is DONE (2)

7:33 AM by , under

Piala Pusingan Ragbi Zon Johor akhirnya singgah di SMVTP
Misi 2011 yang mula dizahirkan pada pertengahan 2010


"Suatu masa, sewaktu kami mula berkira-kira untuk muncul sebagai pesaing utama dalam Kejohanan Antara Teknik / Vokasional (KATV) segalanya nampak seperti terlalu mustahil. Hari demi hari yang berlalu kami isi dengan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan mutu pasukan ragbi kami, Tanjung Rhinos. Selepas setahun berlalu akhirnya impian kami tercapai. Kami sah menjadi johan untuk Kejohanan Antara Teknik / Vokasional 2011 yang berlangsung di SMV Segamat. Pencapaian sepanjang zaman yang cukup manis bagi kami. Tugas kami seterusnya, ialah untuk memastikan Tanjung Rhinos sentiasa menjadi pesaing utama dalam kejohanan ini.Tahniah buat semua jurulatih dan pemain-pemain yang sentiasa berusaha keras untuk memberikan dan menjadi yang terbaik. Kami menyanjung tinggi semangat juang anda. Semoga terus membara di Kuantan nanti."

Mengabadikan kenangan selepas menerima kalungan dari Tuan Pengetua, En Zainuzzaman bin Mohd Salleh
Usaha kami selama ini akhirnya membuahkan hasil
'Orang kuat' sukan SM Vokasional Tanjung Puteri
Satria-satria Tanjung Puteri 2011 
Nazirul turut dipilih sebagai pemain terbaik dan penyumbang 'try' terbanyak kejohanan
Cikgu Salmezan memperagakan semua piala dan medal yang dimenangi




edit post

Final Ragbi KAT 2011 (0)

8:33 AM by , under

Final KAT edisi 2011
Tanjung Rhinos berjersi hitam menentang Vsmat berjersi biru
Final pertama buat Tanjung Rhinos dan dijadualkan menentang SMV Segamat, satu pasukan yang sangat konsisten dengan rekod yang sangat baik. Johan untuk edisi 2007 dan 2008, ketiga untuk edisi 2009 dan naib johan untuk edisi 2010. Tanjung Rhinos akan cuba beraksi sebaik mungkin pada petang ini dengan dianggap sebagai pasukan bukan pilihan. Mengekalkan barisan pemain utama yang sama dengan Afizi kembali diturunkan untuk menguatkan barisan 'forward' nyata menyuntik semangat pemain-pemain untuk beraksi di pentas akhir dengan memberikan segala yang terbaik.

Perlawanan bermula sangat baik dengan Tanjung Rhinos banyak menguasai bola dengan serangan dilakukan dari bahagian kiri dan kanan padang. Selepas beberapa serangan, akhirnya Fakar berjaya memberikan 'try' yang pertama di sudut sebelah kiri padang. Kedudukan 5-0 tidak kekal lama apabila Adib segera memberikan 'try' yang kedua hasil gerakan solo yang sangat menarik menewaskan 4 orang pemain lawan yang kurang bersedia selepas mendapatkan 'penalty kick'. Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan 10-0.

Permainan bersambung di separuh masa yang kedua dan Norazli Amir segera mempamerkan sentuhan terbaik apabila berjaya melepasi halangan beberapa pemain sebelum di 'tackle' di bahagian atas atau 'high tackle' 1 meter daripada kawasan try dan pengadil menghadiahkan 'penalty try' yang berjaya disempurnakan oleh Afizi menjadikan kedudukan 17-0. Kedudukan selesa itu kian terancam apabila Tanjung Rhinos kehilangan khidmat pemain forward, Azwanis yang menerima kad merah akibat 'tackle' yang tidak sah. Keadaan bertambah buruk apabila Nazirul turut menerima kad kuning dan menerima 'sin bin' untuk 2 minit.

Beraksi dengan 8 orang pemain, menyukarkan kami untuk mengekalkan 'ball possesion' dan menyaksikan pasukan lawan berjaya menjaringkan 'try' demi 'try' sebelum akhirnya perlawanan dengan masa sebenar tamat dengan jumlah mata 17-17. Permainan bersambung ke masa tambahan 5 minit dengan Tanjung Rhinos kian diasak hebat terutama daripada 'stand off' mereka, Bomba. Tanjung Rhinos mengerah keringat dengan memberikan yang terbaik untuk sentiasa bertahan, bertahan dan bertahan. Kedudukan mata kekal sehingga tamat 5 minit masa tambahan.

Perlawanan terpaksa diteruskan dengan penentuan sepakan penalty dengan pasukan SMV Segamat melakukan sepakan yng pertama. Debaran kian memuncak dan ternyata, mereka gagal mendapatkan skor untuk sepakan yang pertama. Giliran Tanjung Rhinos menerusi sepakan Fakar untuk mendapatkan mata yang pertama dan beliau turut gagal melakukannya. Sepakan kedua dari kedua-dua pasukan masuk, dengan Arif mengambil sepakan. Kedudukan skor 1-1 sebelum akhirnya Afizi mengambil kesempatan melakukan sepakan penalty sempurna selepas lawan gagal berbuat demikian. Keputusan akhir, Tanjung Rhinos menang menerusi sepakan penalty 2-1 selepas terikat 17-17 pada masa sebenar. Tahniah Tanjung Rhinos.

Alhamdulillah, muncul johan buat kali pertama. Terus mara Tanjung Rhinos. Kuantan akan menjadi gelanggang yang seterusnya untuk kita beraksi. Hidup Tanjung Rhinos!!

"Play for yourself and play for our school, Vokasional Tanjung Puteri Guys"
Afizi segera pulih dari kecederaan dan mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan akhir
Adib berjaya menyumbangkan satu try dalam perlawanan final
Forward Segamat memang menggerunkan dengan saiz dan kepala yang licin
Bersedia untuk line out
Bersedia untuk melakukan 'kick off'
Nazirul melepaskan keluhan yang berat
Akhirnya kami no.1 di Zon Johor
(Foto-foto ihsan daripada Tn Hj Salleh bin Kaimi)



edit post

Tanjung Rhinos bersiap sedia untuk menghadapi cabaran pada hari ke-2
29 April 2011, Jumaat. Hari yang indah telah bermula. Cuaca yang redup ditambah dengan tiupan angin yang agak kuat serta keadaan padang yang masih sedikit basah memang sangat membantu pemain-pemain untuk mempamerkan aksi terbaik masing-masing. Tanjung Rhinos dijadualkan untuk bermain pada perlawanan ketiga menentang pasukan SMV Muar. Debaran semakin memuncak sebaik masa perlawanan semakin dekat. Para pemain melakukan latihan memanaskan badan dengan kadar sebaik mungkin termasuk untuk tujuan cuba menghilangkan debaran yang kian memuncak. Beberapa perlawanan dijadualkan akan berlangsung hari ini, dengan perlawanan semi final, penentuan 3/4 dan final akan berlangsung disebelah petang.

Sebelah pagi, perlawanan peringkat kumpulan yang kedua iaitu menentang pasukan SMV Muar. Mereka mengejutkan kami dengan mendapatkan 'try' yang pertama sebelum Tanjung Rhinos kembali mendahului dengan 'try' daripada Nazirul (2 try), Adib dan Azli. Dengan kesemua 'convertion kick' sempurna oleh Afizi dan Fakar menjadikan keputusan akhir 28-7. Muncul sebagai johan kumpulan dan akan menentang naib johan dari kumpulan B. Naib johan kumpulan B hanya akan dapat diketahui selepas pertandingan terakhir peringkat kumpulan B.

Bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi
Cikgu Fadli mengadili perlawanan melibatkan Tanjung Rhinos buat kesekian kalinya
Tanjung Rhinos berjersi hitam menentang SMV Muar berjersi kuning
Nazirul cuba untuk menghalang pergerakan lawan
Convertion kick dari Afizi

Pukul 4 petang, semi final pertama, Tanjung Rhinos menentang pasukan jiran, SMT Johor Bahru. Perlawanan bermula dengan baik. Insiden di awal-awal permainan mengakibatkan Afizi terpaksa dibawa keluar nyata tidak memadamkan semangat Tanjung Rhinos dan mudah mengatasi cabaran SMT Johor Bahru dengan jumlah mata 27-0. 'Try' Tanjung Rhinos telah disumbangkan oleh Norazli Amir, Ridhwan, Fakar ('try' ala-ala All Black), Fatah dan juga dari Norazli Amir sekali lagi. Kekurangan pemain akibat Nazirul menerima kad kuning kerana melakukan 'hand off' yang tidak sah turut tidak memberikan ruang kepada SMT Johor Bahru untuk mendapatkan sebarang mata. Syukur, layak ke final buat kali pertama.

Afizi terpaksa dibawa keluar diminit-minit awal permainan
Semi final antara Tanjung Rhinos menentang SMT Johor Bahru
Serangan awal dari SMT Johor Bahru
Detik-detik sebelum Fakar berjaya melakukan 'try' ke-3
SMT Johor Bahru menunjukkan konsistensi apabila meraih tempat ke-4 untuk 2 tahun berturut-turut
Semi Final ke-2 menyaksikan pasukan tuan rumah, SMV Segamat mudah membenam cabaran SMV Muar dengan kemenangan 25-7. Final KAT edisi 2011 menemukan pasukan pilihan dan tuan rumah, SMV Segamat menentang Tanjung Rhinos.



edit post

KATV 2011 di SMV Segamat 28-30 April 2011 

28 April 2011, Khamis. SM Vokasional Segamat telah terpilih sebagai tuan rumah untuk KAT edisi kali ini. Sebagai perbandingan, untuk empat edisi yang terdahulu, kejohanan ragbi KAT kebiasaannya diadakan secara persendirian dan tidak disertai oleh pertandingan-pertandingan lain. Buat kali pertama, SM Vokasional Segamat sebagai tuan rumah memilih untuk menjalankan pertandingan ragbi bersama-sama pertandingan-pertandingan yang lain iaitu bola sepak, takraw, rekacipta dan 'english debate'. Kemeriahan KAT kali ini turut dapat dirasai oleh pasukan-pasukan ragbi. Dengan deretan gerai-gerai makanan, bas-bas kontinjen bergerak keluar dan masuk, kereta-kerata memenuhi lot-lot 'parking' dan ribuan orang berpusu-pusu menambah seri KAT kali ini.

TANJUNG RHINOs di KAT 2011 Segamat
Diri dari kiri : Long, Lukman, Nazirul, Akmal, Cgu Salmezan, Tn Hj Salleh, Afizi, Ridhwan,  Haziq, Naqib, Azli dan Kuning
Duduk dari kiri : Azwanis, Adib, Fatah, Ruzilan, Arif (c), Fakar, Harziq, Firdaus, Norazliamir dan Afizul
Pasukan Tanjung Rhinos telah diundi di dalam kumpulan A bersama pasukan SM Vokasional Muar (Johan KAT edisi 2010) dan SM Vokasional Batu Pahat. Pasukan SMT Perdagangan telah menarik diri atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Manakala kumpulan B pula terdiri daripada pasukan SMV Segamat (naib johan KAT edisi 2010), SMV Kota Tinggi, SMT Johor Bahru dan SMV Kluang. Kesemua perlawanan ragbi akan diadakan di SMK Bandar Putra, Segamat. Perlawanan pertama Tanjung Rhinos adalah menentang pasukan SMV Batu Pahat pada petang Khamis jam 5.30 petang. Kontinjen mula bergerak ke sana lebih awal dan sempat menyaksikan perlawanan di antara SMV Muar dan SMV Batu Pahat yang berakhir dengan kemenangan bagi pasukan SMV Muar dengan mata 10-7. Nyata SMV Muar merupakan satu pasukan yang hebat dan akan memberikan cabaran yang sengit.

Setelah menyaksikan beberapa perlawanan termasuk perlawanan membabitkan pasukan tuan rumah, SMV Segamat, akhirnya tibalah giliran Tanjung Rhinos untuk menguji pasukan SMV Batu Pahat. Bermula dengan 'try' Fatah pada awal permainan, dan convertion yang disempurnakan oleh Afizi memberikan mata awal 7-0. Beberapa minit berselang Afizi mencuri tumpuan apabila mudah melepasi forward lawan untuk 'try' kedua dan seterusnya menyempurnakan 'convertion kick' menjadikan kedudukan terkini 14-0. 'Try' ketiga telah disumbangkan oleh Nazirul dengan 'convertion kick' yang sekali lagi disempurnakan oleh Afizi menjadikan Tanjung Rhinos selesa mendahului dengan mata 21-0 pada separuh masa yang pertama.

Bermula separuh masa yang kedua, pasukan Tanjung Rhinos terus menambah jumlah pungutan mata apabila Azwanis menghadiahkan 'try' yang keempat dengan 'convertion kick' sekali lagi disempurnakan oleh Afizi. Kedudukan 28-0 tidak kekal lama apabila Fatah sekali lagi menghadiahkan satu lagi 'try' menjadikan kedudukan akhir Tanjung Rhinos 33-0 Batu Pahat. Hujan renyai-renyai sebelum pertandingan tadi benar-benar membawa rahmat Ilahi kepada pasukan kami. Kekalahan kedua oleh SMV Batu Pahat menjadikan mereka terkeluar dari saingan KAT 2011 ini. Kami melangkah pulang dengan mengharap agar dapat melakukan sesuatu yang lebih baik pada esok hari. Syukur Ya Allah..

Sesi memanaskan badan menjelang pertandingan menentang SMV Batu Pahat
Detik-detik sebelum Fatah berjaya mendapatkan 'try'
SMV Kota Tinggi, salah satu pasukan yang mengambil bahagian 



edit post