TR:Rugby

Inspirational SMV Tanjung Puteri Rugby Team (Tanjung Rhinos)

VOC-AR 10's 2011 1st day (0)

3:07 AM by , under

Tanjung Rhinos with their lucky retro shirt on the 1st day
I have to write in english because our greatest teacher, Tn Hj Salleh bin Kaimi just lying beside of me.. Alhamdulillah, the weather today was quit beautiful. Sunny and windy. Tanjung Rhinos were very excited to play rugby today. We're on the field since 7.00am waiting for our turn to show our talented.. At the end, today we manage to get the free winning 21-0 with KGV, win at the very closed game with SM Sains Tun Syed Putra by 7-0 and draw with SM Vokasional Arau by 0-0. We are quite happy today. Looking for tomorrow matches and get some rest. Everyone sleep now. Try to get a better result tomorrow. Everything is posible.
Tn Hj Salleh and Tn Hj Zul (EC) cheering for our Johorian school

Tanjung Rhinos throw in when meeting SM Vokasional Arau

Hopefully we can get a better result tomorrow

Tengku Ismail Tengku Mohamad playmore agent



edit post

VOC-AR 10's 2011 (0)

1:58 AM by , under

Tanjung Rhinos di Voc-Ar 10's 2011
Duduk dari kiri : Akmal, Lukman, Arif (c), Ridhwan, Haziq Afiqi dan Azwanis
Berdiri dari kiri : Norazliamir, Adib, Amin, Fakar, Fatah, Hakim, Kuning, Afizi dan Cikgu Ali
Tiada dalam gambar : Ruzilan
Kejohanan pemanas badan yang pertama untuk tahun 2011. Kejohanan VOC-AR 10's 2011 yang berlangsung di SM Vokasional Arau dan Uitm Arau. Kejohanan selama dua hari ini menyaksikan sejumlah hampir 40 buah pasukan berkumpul dan bersaing di sini untuk kategori 'school open' dan 'ipt open'. Tanjung Rhinos telah mula bergerak seawal hari khamis, 27 Januari 2011 jam 11 malam. Perjalanan kali ini disertai oleh 15 orang pelajar, 3 orang guru, En Abd Rahman bin Ahmad dan En Mohd Ali Redza bin Yusoff dan Tn Hj Salleh bin Kaimi dan 2 orang pilot, En Md Yusuf bin Md Salleh dan En Mahadzir bin Hj Markom.

Kami selamat sampai di SMV Arau pada jam 3 ptg keesokkan harinya. Kami juga sempat melakukan sedikit latihan pada petang tersebut di padang utama. Ribuan terima kasih kepada SMV Arau yang sudi menerima kunjungan kami dan turut menyediakan penginapan untuk kami. Keramahan anda amat kami senangi. Terima kasih kepada pihak sekolah yang mengizinkan pemergian kami dan penghargaan kepada para penaja kami

PIBG dan KOPERASI SM VOKASIONAL TG PUTERI
JAKEL CAWANGAN JOHOR BAHRU
  1. SYARIKAT DOBI KITA (Tn Hj Ismail bin Hj Ali) 
  2. SYARIKAT REKAMAHIR (En Saroni bin Madar)
  3. ZNF SINAR ENT.
  4. Pn Rozana bt Kabil
Tanpa anda mungkin perjalanan kami tidak selancar ini. Ini merupakan penyertaan sulung kami dalam Open Arau 10's. Jika kami mampu mencetak sesuatu disini, itu merupakan bonus yang cukup besar. Kami mohon doa anda agar Tanjung Rhinos berjaya kali ini.

Destinasi kami
SM Vokasional Tanjung Puteri ke SM Vokasional Arau

Pelajar-pelajar menghabiskan masa lapang dengan tidur secara berjemaah

Mengabadikan kenangan dihadapan bangunan Bazar MDKP

Kenderaan rasmi SM Vokasional Tanjung Puteri




edit post

Latihan bersama Coach Kudud (0)

7:22 AM by , under

Beberapa hari sebelum Pasukan Ragbi Tanjung Rhinos mengikuti Kejohanan Ragbi Voc-Ar 10s (Arau 10s) yang bakal berlangsung di SM Vokasional Arau pada 29-30 Jan 2011 ini, Tanjung Rhinos telah dikunjungi oleh Coach Kudud (Mohd Rafiuddin), bekas pemain Tanjung Rhinos tahun 2007-2008, yang kini bermain untuk pasukan Ragbi Politeknik Johor Bahru. Beliau telah meluangkan masa dengan para pemain Tanjung Rhinos pada hari Khamis, 20 Jan dan Ahad, 23 Jan 2011. Beberapa jam bersama beliau terasa begitu berharga. Terima kasih daripada Pasukan Tanjung Rhinos kepada beliau dan selamat maju jaya. 

Kudud, Tanjung Rhinos Old boys
Pemain Tanjung Rhinos tekun mendengar penerangan coach Kudud



edit post

Kenangan KAT 10s di SMV Muar 2010 (0)

11:40 PM by , under

Barisan Tanjung Rhinos KAT 10s di SMV Muar
Dari kiri : Rasydan, Adib, Yus, Haziq kecik, izat, Farid Talib (C), Amat Faat, Akmal, Haziq Shahrudin, Long
Tiada dalam gambar : Arif, Kuning, Fizi dan Apek
Sepanjang tahun 2010, antara pertandingan yang disertai oleh Tanjung Rhinos ialah menyertai Pertandingan Ragbi KAT 10s 2010 di SMV Muar.Walaupun ianya bukan kenangan yang manis untuk diingati, ekoran kegagalan pasukan Tanjung Rhinos mengekalkan reputasi layak ke separuh akhir dua tahun berturut-turut. Kegagalan ini memang pahit untuk ditelan. Namun itu semua menyebabkan kami semakin bekerja keras dan terus kekal hingga ke saat ini. Pertandingan ini telah menyaksikan pasukan Tanjung Rhinos tewas di tangan pasukan SMV Kota Tinggi dengan keputusan 14-12, dan seterusnya ditunjukkan jalan keluar oleh SMT Johor Bahru dengan keputusan 15-0. Pasukan berjaya melakarkan kemenangan saguhati apabila menewaskan SMV Kluang dengan keputusan 15-0. Pemain-pemain kelihatan sangat kecewa. Banyak perkara yang tidak menyebelahi kami dan segala-galanya kelihatan tidak menjadi. Belum tertulis bahawa tahun ini adalah tahun kami mungkin. Keputusan akhir, Edisi 2010 diungguli pasukan tuan rumah SM Vokasional Muar diikuti dengan SM Vokasional Segamat, SM Vokasional Kota Tinggi dan SM Teknik Johor Bahru. Walau apapun, kami sedar, banyak perkara yang kami perlu lakukan untuk memastikan episod duka ini tidak berulang kembali. Tahun 2011, KAT 10s akan berlangsung tidak lama lagi. Semoga Tanjung Rhinos lebih bersinar tahun ini. Kini masa untuk kita bekerja lebih keras lagi. Ayuh terus mara Tanjung Rhinos.

Panorama indah di sekitar SMV Muar
Johan KAT 10s edisi 2010, SM Vokasional Muar
Ashraf antara forward terbaik yang pernah singgah di SM Vokasional Tanjung Puteri
Kid antara pemain yang mempamerkan permainan konsisten sepanjang kejohanan
Wajah kecewa selepas tewas kepada SM Teknik Johor Bahru





edit post

Projek DIY Scrum Machine 1

11:00 PM by , under

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine
Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..








edit post

Pasukan Tanjung Rhinos tahun 2009 (tahun ke-3 penubuhan) mengabadikan kenangan di SMV Segamat.



Tempat ke-4, Kejohanan Antara Teknik 2009 di SMV Segamat.
Tenggiling, manbul, naser dan rakan-rakan yang lain sibuk membeli belah selepas perlawanan.
 Petikan dan gambar dari Blog http://dokumensejarah.blogspot.com
(unit dokumentasi SMV Segamat)
With all the 9 technical schools in Johor, the battles had ended. The final game was played on Sunday, 19 April 2009. The champion was SMT Muar followes by Batu Pahat, Segamat and Tanjung Puteri (Tanjung Rhinos). We were all winners. Bravooooo SMT Segamat for the 3rd placing and a well organised games.
Saya segera teringat nama-nama seperti wagiman, tenggiling, manbul, ejam, kudud (bekas pemain dan coach jemputan) dan beberapa nama-nama yang lain yang pernah menjadi sebahagian daripada pasukan ini. Kehadiran mereka membuatkan kami berupaya mencapai sesuatu seawal tahun ke-3 penubuhan pasukan. Kami sentiasa menghargai jasa dan tanda aras yang mereka berikan. Semoga mereka semua sedang meniti kejayaan di luar sana. Mudah-mudahan satu hari nanti kita dapat bersua kembali.




edit post

Tahun baru 2011 (0)

7:59 PM by , under

Sesi persekolahan tahun ini telah bermula. Pelajar-pelajar telah mula kembali ke asrama dan sekolah. Asrama SM Vokasional Tanjung Puteri mula dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang kelihatan lebih bersemangat tahun ini. Hujan renyai-renyai pada petang isnin, 3 Januari 2011 tidak menghalang Pasukan Tanjung Rhinos untuk mengadakan latihan buat pertama kali pertama bagi tahun ini.

Pasukan juga menerima pengerusi yang baru, En Zainuzzaman bin Salleh yang berpindah dari SM Vokasional Segamat dan akan bertugas menggantikan pengerusi terdahulu, Tn Hj Ruslan bin Musa yang kini bertugas di BPTV. Selamat maju jaya kepada beliau yang telah banyak memberi sokongan kepada Tanjung Rhinos. 

Pasukan Bola Sepak Malaysia baru sahaja melakukan kejutan hebat apabila menjadi juara di rantau Asia Tenggara apabila mengalahkan Indonesia dengan argegat 4-2. Sukan memang penuh dengan kejutan. Kami juga berharap tahun ini pasukan Tanjung Rhinos dapat melakarkan keputusan-keputusan yang mengejutkan dalam pertandingan yang disertai.

Kalungan daripada bekas pengetua, Tn Hj Ruslan bin Musa (2008-2010)
Kami faham kejutan itu tidak akan mampu kami cipta hanya dengan mimpi dan cita-cita sahaja. Sebaliknya memerlukan kepada latihan, semangat, disiplin dan sikap yang positif. Kami akan memanfaatkan masa yang ada untuk terus membina satu pasukan yang lebih baik dari semalam. Semoga mimpi akan menjadi kenyataan.

Tetap semangat Tanjung Rhinos..

Selesai..



edit post