TR:Rugby

Inspirational SMV Tanjung Puteri Rugby Team (Tanjung Rhinos)

TANJUNG RHINOs di laman sendiri (0)

7:31 AM by , under

Pasukan Ragbi SMK Tun Syed Nasir Ismail tekun mendengar arahan jurulatih
30 Mac 2011, Rabu. Hari ini telah mencatat dua sejarah buat pasukan Tanjung Rhinos. Pertamanya, buat  julung kalinya dalam sejarah TANJUNG RHINOS sejak dari awal penubuhannya, kami mengadakan perlawanan persahabatan di halaman sendiri menentang pasukan SMK Tun Syed Nasir Ismail. Keduanya, ini merupakan kali pertama (juga sejak penubuhannya) Tanjung Rhinos mengadakan perlawanan persahabatan dengan format 15 sebelah berbanding kebiasaannya, iaitu bermain dengan format 10 sebelah. Tambah manis lagi apabila kami melayan kunjungan yang mempunyai profil yang tinggi, termasuk pernah muncul juara Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru. Apapun, tekanan yang kami terima ini diterima secara positif dalam proses membina sebuah pasukan yang lebih baik dan mampu mencatat sejarah melalui pencapaian di Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru nanti. 

Hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum berlangsungnya Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru. Kejohanan tersebut bakal berlangsung bermula 12 April hingga 15 April 2011 bertempat di SMK Sultan Ismail. Perlawanan persahabatan ini dianggap sangat berguna dalam mengukur kemampuan pemain untuk bermain dalam format 15s yang lebih lasak (dengan kadar kekerapan 'tackle' dan 'rucking' yang lebih tinggi) serta kemampuan mereka untuk bermain dalam tempoh yang lebih panjang. Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru kali ini telah menetapkan sesuatu perlawanan akan berlangsung selama 25 minit bagi separuh masa. Menjadikan jumlah masa perlawanan ialah 50 minit. Berbanding dengan ragbi 10s yang kebiasaannya hanya akan mengambil masa maksimum sekitar 20 minit.

Keseluruhan analisa perlawanan, secara ringkasnya, bolehlah dikatakan pada petang ini pemain-pemain berjaya untuk mengaplikasikan teknik dan 'gameplan' yang cuba diterapkan untuk permainan ragbi 15 sebelah yang jarang-jarang diberi perhatian oleh kami. Pemain juga sudah mampu bertahan untuk bermain selama 50 minit. Beberapa pemain juga mungkin sudah bersedia bermain untuk tempoh lebih dari itu. Permainan juga semakin baik. Perlawanan persahabatan pada petang ini mungkin boleh disifatkan sebagai langkah pertama yang sempurna bagi Tanjung Rhinos dalam menghadapi saingan dalam Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru nanti. Barisan utama 'forward' dan 'backline' memang wajar diberikan pujian atas permainan mereka pada petang ini. 

Disebalik puji-pujian melambung itu, kami juga menyedari hakikat bahawa kami ini masih terlalu jauh dari 'sempurna'. Terlalu banyak perkara yang masih boleh diperbaiki. Apapun, kem latihan kami ketika ini mempunyai persekitaran yang cukup baik. Semua pemain mempunyai semangat juang yang tinggi ketika ini, dan semuanya bersedia untuk cuba mendapatkan keputusan terbaik dalam Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru. Akhir kata, terima kasih SMK Tun Syed Nasir Ismail atas kesudian datang dan menjalinkan persahabatan dengan Tanjung Rhinos. Semoga 'kita' akan lebih maju lagi hari esok.

Sebahagian penyokong-penyokong pasukan SMK Tun Syed Nasir Ismail
Cikgu Fadli, jurulatih utama pasukan ragbi SMK Tun Syed Nasir
Pn Rozana dan En Zamani (penjaga) turut hadir memberikan sokongan
'Gameplan' dari Cikgu Khairee dan Cikgu Salmezan
Tanjung Rhinos membuat sepak mula



edit post

Design baru TANJUNG RHINOS oleh Playmore
Cadangan jersi ragbi TANJUNG RHINOS yang baru oleh PLAYMORE Malaysia (Tengku Ismail Tengku Mohamad) . Kini diperingkat terakhir sebelum tempahan dapat dibuat. Apa pendapat anda??



edit post

Menjelang Segamat 10's Open (0)

8:02 AM by , under

Latihan terakhir sebelum perlawanan persahabatan dengan SMK Tasek Utara berlangsung
8 Mac 2011, Selasa. Mengikut perancangan awal, Segamat 10s dijadualkan berlangsung pada minggu terakhir bulan Mac di UiTM Segamat. Dengan hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum sepak mula, Tanjung Rhinos telah berkunjung ke SMK Tasek Utara untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Perlawanan hari ini turut disertai pemain-pemain dari pasukan simpanan, pasukan pelapis selain pasukan utama. Cuaca yang sangat baik pada petang ini melicinkan perjalanan perlawanan ini.

Perlawanan selama lebih kurang 40 minit pada petang ini menunjukkan beberapa perkara yang positif. Pemain kelihatan lebih matang dalam membuat 'turn over', 'rucking' yang lebih kemas dan bola banyak dikeluarkan kepada 'back line' untuk memberi peluang kepada 'back line' untuk mendapatkan 'try'. Barisan 'forward' seperti biasa sentiasa cuba untuk memecahkan barisan 'forward' lawan dengan melakukan rempuhan-rempuhan dan juga 'mauling' yang baik. Pemain juga dapat bermain mengikut taktik yang cuba diserapkan. Perlawanan pada petang ini memberikan signifikan atau petanda yang sangat positif.

Disebalik kekuatan-kekuatan itu, kita harus mengakui bahawa Tanjung Rhinos masih lagi jauh dari kesempurnaan. Banyak lagi ruang-ruang yang perlu diperbaiki. Beberapa hari ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan mutu permainan dan pemahaman pemain. Keputusan akhir hari ini, Tanjung Rhinos 35-25 SMK Tasek Utara. Insyaallah kita sudah semakin bersedia untuk meledak dalam kejohanan-kejohanan yang akan mendatang. Hidup TANJUNG RHINOS..

Totok cuba menembusi forward lawan
Bersedia untuk perlawanan 'Hitam vs hitam'
Cikgu Salmezan tekun melihat aksi permainan
Tanjung Rhinos ketika aktiviti memanaskan badan



edit post