TR:Rugby

Inspirational SMV Tanjung Puteri Rugby Team (Tanjung Rhinos)

projek (0)

4:25 AM by , under

"Jangan pernah berhenti bermimpi, kerana mungkin suatu saat nanti mimpi kalian akan menjadi kenyataan" Bambang Pamungkas


Tanjung Rhinos Rugby Project 2011..


Kami akan menghabiskan masa yang banyak di padang tahun 2010 ini. Padang SMV Tanjung Puteri akan menjadi tempat kami menghasilkan karya-karya seni hasil pengamatan selama beberapa tahun untuk merealisasikan impian menjadikan ragbi sebagai sukan utama sekolah. Terima kasih tidak terhingga kepada coach, En Ishak Abidin (bekas jurulatih kebangsaan) atas jejak langkah yang ditinggalkan untuk diikuti. Projek yang kami akan jalankan sepanjang tahun 2010-2011 ialah Projek Tanjung Rhinos Windows 2011.

Objektif projek ini adalah untuk menjuarai Pertandingan Ragbi 10s, Kejohanan Antara Teknik 2011 nanti. Pasukan Tanjung Rhinos telah mengikuti 4 siri Pertandingan Ragbi 10s, Kejohanan Antara Teknik bermula dari tahun 2007. Pencapaian terbaik pasukan ialah tempat ketiga edisi 2008 dan tempat keempat edisi 2009. Pasukan kami belum pernah beraksi pada perlawanan akhir setakat ini.

Untuk mencapai objektif tersebut, kami telah mengorek-ngorek untuk mencari pelajar-pelajar yang berbakat. Untuk tujuan itu, kami telah menganjurkan Rugby 7s Inter Dorm. Pemain-pemain mula dijejak, dikumpulkan dan mula berlatih. Maka wujudlah team ragbi asrama yang akan menjadi tunjang kepada Pasukan Tanjung rhinos. Pasukan mula berlatih bermula Julai 2010 dan menyertai Iskandar Malaysia Rugby 10s Challenge. Memaparkan ramai bakat-bakat baru (pelajar-pelajar tingkatan 4) yang ada antaranya baru mula menyentuh bola ragbi kami berjaya menjadi Johan Kategori Spoon. Kemenangan moral untuk pasukan.

Selepas cuti Syawal, pasukan kembali turun ke padang untuk terus berlatih. Sesi latihan diadakan 3 kali seminggu. Rancangan yang lain termasuklah mewujudkan komuniti ragbi sekitar Johor Bahru untuk memudahkan perlawanan persahabatan diadakan. Bonusnya setakat ini kami sudah mampu melangkau sehingga ke Daerah Pontian. Lain-lain program yang dirancang ialah:
  • Mengadakan perlawanan persahabatan dengan IPT (UTM dan UTHM) dan kelab-kelab sekitar Johor.
  • Mengadakan kelas Ragbi sekali seminggu sekali (pengisian program koku)
  • Latihan secara konsisten
  • Meningkatkan prasarana latihan
  • menggunakan kepakaran luar
  • Mengambil bahagian dalam kejohanan ragbi open 2011 nanti
Mudah-mudahan pasukan ini mampu melakarkan seribu kejayaan. Semoga objektif kami tercapai. Kami mohon doa SMV Tanjung Puteri berjaya. Doakan kejayaan kami..



edit post