TR:Rugby

Inspirational SMV Tanjung Puteri Rugby Team (Tanjung Rhinos)

Alhamdulillah (2)

9:08 AM by , under

buat pertama kali Tanjung Rhinos di SMKPG3 Pasir Gudang
Syukur kehadrat Allah swt di atas banyak perkara, antaranya :
  • Kami masih bernafas hingga ke saat ini. Masih mampu berlatih, menjalinkan hubungan dengan sahabat-sahabat baru dan masih mampu mencetus idea-idea baru yang sedia untuk diterjemahkan dalam kehidupan seharian.
  • SMKPG3 sudi menerima kunjungan kami walaupun kami hanya menghubungi mereka pada saat-saat akhir. Apapun, mereka cukup ramah menerima kedatangan kami. Terima kasih SMKPG3.
  • Awan berarak mendung di minit-minit awal permainan. Seakan memberi penyataan yang perlawanan pada petang ini tidak akan dapat berlangsung lama. Tapi cuaca gelap diselangi dengan dengan panahan kilat dan dentuman guruh itu beransur-ansur hilang dan perlawanan dapat diteruskan seperti dijadualkan.
  • Perlawanan hari ini, 23 FEB 2011 (Rabu), memberikan signifikan bahawa kita sedang membina semangat berpasukan yang lebih baik. Sedang mematangkan diri untuk bermain secara berpasukan berbanding bermain secara individu dan melalui proses membina keyakinan diri.
  • Kita perlu tingkatkan rasa percaya di dalam pasukan, mewujudkan komunikasi yang lebih aktif dan berkesan dan perlu melakukan banyak lagi latihan simulasi.
  • Keputusan akhir hari ini TANJUNG RHINOS 25-0 SMKPG3. 2 try telah disumbangkan oleh Nazirul dan masing-masing 1 try oleh Hakim, Adib dan Long.
  • Long yang cedera nampaknya sudah bersedia untuk kembali memberikan yang terbaik untuk mendapat tempat dalam pasukan utama.
  • Terlalu banyak nikmat yang Allah beri. Tidak akan pernah habis jika dihitung. Habis angka pun masih berbaki lagi nikmat Tuhan..
Syukur..

Akmal tetap gagah walaupun cuba dijatuhkan oleh 2 orang pemain pihak lawan
Awan mendung berarak di minit-minit awal permainan



edit post

Berkunjung ke SMK Bandar Baru Uda (0)

6:39 AM by , under

9 Feb 2011, Rabu. Selepas menikmati hidangan tengahari, kami terus bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan persahabatan kami yang pertama untuk tahun 2011. Bertemu dengan pasukan Uda Rugby, SMK Bandar Baru Uda. Pergerakan petang ini sangat lancar, kami sampai di sana pada masanya, solat asar dan terus ke padang. Seramai 23 orang pelajar terlibat dalam perlawanan petang ini. Beberapa orang pelajar tingkatan 4 turut mengambil bahagian dalam program petang ini. Perlawanan hari ini berakhir dengan baik. Pemain-pemain tidak berhadapan dengan sebarang kecederaan yang besar. Permainan semakin baik dan boleh dikatakan TANJUNG RHINOS kini sedang mengalami proses kematangan yang pesat. Terima kasih kepada tuan rumah, SMK BBU, pasukan Uda Rugby, En Suzeli Mahadi dan lain-lain yang terlibat untuk persahabatan yang terjalin hari ini. Untuk TANJUNG RHINOS terlalu banyak perkara yang boleh dan perlu kita perbaiki untuk mencapai impian yang kita impi-impikan tahun ini. Terus bekerja keras kerana tahun ini cukup penting untuk kita. Semoga kita sedang berada di landasan yang betul untuk menjulang nama TANJUNG RHINOS.

Tanjung Rhinos tetap bersemangat berlatih di bawah terik matahari

Seronok menjalani latihan menjelang perlawanan persahabatan dengan UDA Rugby



edit post

VOC-AR 10's 2011 2nd day (0)

3:20 PM by , under

Hari terakhir di SMV Arau dan mudah-mudahan kami akan terus dijemput pada masa-masa akan datang
Ahad 30 Jan 2011, Hari terakhir kami di SMV Arau, Perlis. Pagi ini kami bersiap awal seperti biasa. Mengerjakan solat subuh, menikmati sarapan di kantin dan terus bersiap ke padang. Perlawanan pertama pada pagi ini adalah menentang pasukan SEMSAH untuk penentuan cup-plate yang dijadualkan akan berlangsung pada lebih kurang jam 9 pagi. Beberapa orang pemain mengalami kecederaan kecil termasuk stand off kita yang terpaksa mendapatkan rawatan di Klinik malam tadi. Dengan hanya tinggal seorang pemain di bangku simpanan, keadaan tampak sukar. Dan akhirnya, Tanjung Rhinos gagal dengan jaringan 0-21 di tangan SEMSAH. Perlawanan seterusnya, suku akhir plate menemukan Tanjung Rhinos dengan SMK King Edwards VII. Dan Tanjung Rhinos ditunjukkan jalan keluar dengan kekalahan 0-21. Berakhirlah perjuangan Tanjung Rhinos di Perlis.
Disebalik kekalahan hari ini, banyak perkara positif yang kita dapat lakarkan sepanjang beberapa hari berkampung di SMV Arau ini. Pemain-pemain dapat membina keyakinan diri dan cuba bermain dengan lebih baik dan sememangnya permainan mereka meningkat dari satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain. Tanjung Rhinos sedang belajar untuk mengenal erti kematangan. Kita gagal membawa sebarang kejayaan dari sini, tetapi kita mampu mencapai objektif kita iaitu bersaing dengan pasukan-pasukan handalan dari seluruh pelusuk tanahair. Saya yakin kita akan mencetak keputusan yang lebih baik di kejohanan-kejohanan lain yang kita akan sertai jika pemain berterusan berusaha dan berusaha.

Keputusan akhir hari ini, Pasukan STAR muncul Johan Cup setelah mengenepikan cabaran English College  dengan jumlah mata 17-12. Manakala bagi kategori plate pula, pasukan SMK King Edwards VII muncul johan mengatasi pasukan SDAHA. 2 pasukan dari Johor berjaya mengisi slot final. Giliran kami pula nanti, mudah-mudahan. Jam 8.30 malam, kami mula bergerak meninggalkan SMV Arau yang telah meninggalkan seribu kenangan yang manis buat kami. Kami berharap kunjungan pertama ini tidak akan menjadi kunjungan yang terakhir. Terima kasih SM Vokasional Arau, mudah-mudahan kita akan berjumpa lagi.

Lagi gambar menentang SMV Arau
Kapten Tanjung Rhinos, Arif dengan baselayer Totalfield barunya
Voc-Ar 10s 2011 merupakan kejohanan terbuka yang pertama disertai oleh Tanjung Rhinos
Shukri bermati-matian memberikan segala yang terbaik untuk pasukan
"Nama dibelakang anda itu lebih utama, bermain sebagai satu pasukan, anda pasti boleh"
Norazliamir antara pemain yang sentiasa mempamerkan permainan bertenaga dan konsisten
Wajah-wajah juara Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh




edit post