TR:Rugby

Inspirational SMV Tanjung Puteri Rugby Team (Tanjung Rhinos)

Tahniah Harimau Muda!! (0)

8:28 AM by , under


Penulisan ini merupakan komen penulis di Malaysian Sports' Loose Cannon untuk artikel 'Ong memang ada ong'.

Suatu masa dahulu, dalam permainan bola sepak, jika saya kagum, saya akan kagum dengan pemain.. Masa berlalu, kefahaman saya yang sebegitu turut berubah, disamping pemain saya turut kagum dengan 'coach' yang sebenarnya memainkn peranan yang lebih besar dalam memberikan sentuhan 'tactical wise'. Jika boleh ditambah dari penyataan Rizal di atas -
  1. Saya masih ingat OKS menyatakan kekesalan selepas skuad Sukan Sea U23 ini dihentam agak teruk selepas hanya mencatatkan keputusan seri dengan 'statement' - 'Anda boleh hentam, tapi jangan hentam dulu selagi Sea Games belum tamat..' (lebih kurang begitulah maksudnya) ternyata OKS mengatur permainan yang 'sedikit berbeza' dari aspek taktikal ketika menentang Singapura untuk menyukarkan lawan yang lain dari membaca permainan Malaysia.. 
  2. OKS juga berjaya menjadikan perlawanan-perlawanan yang diharungi Malaysia disepanjang 'Sea Games', semakin meningkat dari masa ke semasa, dan final menentang Indonesia telah menjadi klimaks.. (mungkin sahaja boleh menjadi anti klimaks, '1st game' sangat cantik, namun semakin lama semakin merundum kerana 'game' telah dibaca oleh lawan). 
  3. OKS = Risk taker. Ambil pemain muda, meletakkan pemain diposisi baru, meletakkan pemain yang tidak popular di mata orang lain. Kerana apa?? Sudah tentu kerana 'saya kenal pemain saya'.. (kadang-kadang tak perlu diucapkan perkataan itu)..
  4. OKS juga sudah tentu mempunyai kemampuan meniupkan semangat pemain melalui perkataan beliau.. 
Cuma mungkin ada hero yang mungkin kita langsung tidak endah untuk team ini, mahupun untuk perkembangan sukan bolasepak tempatan. Heronya ialah dari tempat pemain-pemain ini datang.. (tidaklah terlalu sukar untuk dijangka)..

Jatuh bangun itu pasti, kemenangan dan kekalahan bukan ketentuan kita, seperkara yang kita miliki ialah USAHA.. pandanglah pada usaha, bukan pncapaian.. Biar apapun terjadi selepas ini, OKS sudah pun meletakkan namanya sebagai SESUATU di dalam senario bolasepak tempatan..

Ong Kim Swee - Jurulatih Harimau Muda
"Mereka tak hormati kamu, tak hormati bendera kita, tak hormat raja kita dan mereka tidak hormat ibubapa kamu. Kalau kamu benarkan ia (kekalahan) berlaku, maka kamu adalah pengecut. kamu mesti ajar mereka kehebatan seorang warganegara Malaysia. Kita kalahkan mereka bukan sekali, tapi dua kali dihadapan jutaan penyokong setia mereka. Kita tunjukkan bagaimana melakukannya".



edit post

Pemain-pemain Ragbi Tanjung Rhinos 2010/2011
Setelah beberapa ketika berkira-kira untuk mengadakan jamuan penghargaan untuk semua pemain TR 2010-2011 terutamanya persoalan mengenai tempat dan masa, namun keizinan dan ketentuan Nya akhirnya majlis ini berjaya direalisasikan pada petang Khamis, 17 Nov 2011. Majlis Jamuan Penghargaan Pasukan Ragbi SM Vokasional Tanjung Puteri - suatu majlis yang bertujuan khusus untuk memberikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam pembangunan sukan ragbi SM Vokasional Tanjung Puteri terutamanya pihak pengurusan sekolah, penaja-penaja, barisan kejurulatihan, unit sukan dan pemain-pemain. Majlis yang berakhir selepas tamatnya perlawanan Bola Sepak Sukan Sea, Malaysia vs Indonesia ini telah berlangsung dengan jayanya hingga ke akhirnya. Ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah bersama membangunkan Pasukan Ragbi SM Vokasional Tanjung Puteri. Semoga kita kembali bekerjasama lagi.

Cenderahati dan sijil penghargaan untuk semua pihak yang terlibat dengan pasukan
Ucapan penghargaan daripada Tuan Pengetua, En Zainuzzaman bin Mohd Salleh
Antara tetamu kehormat yang hadir
Penulis turut diberi kesempatan untuk menyampaikan ucapan penghargaan
Arif Isbani, kapten pasukan yang mula berjinak-jinak untuk menjadi MC
ZNF Sinar menerima cenderahati dan sijil dari Tuan Pengetua



edit post

Kad undangan Majlis Jamuan Penghargaan TR 2011
Majlis pertama seumpama ini untuk TR
Generasi 2011-2012 terus berusaha gigih lagi supaya kita dapat meraih kejayaan yang lebih besar dan menerima penghargaan yang lebih besar.



edit post

Perlawanan persahabatan SMVTP - EC kali ke 3
10 Nov 2011, Khamis. Perlawanan persahabatan terakhir untuk tahun 2011 menentang Pasukan Ragbi U-15 MSAB yang akan mewakili Johor untuk Kejohanan Ragbi MSSM 2011 yang bakal berlangsung di Melaka pada 20-21 Nov 2011. Ternyata usia bukanlah sesuatu faktor yang terpenting apabila Pasukan EC mudah mendominasikan perlawanan pada pagi ini. Perlawanan persahabatan ini juga turut berjaya mengukur kemampuan sebenar pasukan dan berjaya mendedahkan kekurangan dan kelemahan yang perlu diatasi pada tahun hadapan. Akhir kata, terima kasih Pasukan English College di atas kesudian mengadakan perlawanan persahabatan pada pagi ini dan semoga berjaya di Melaka nanti.

Perkataan-perkataan terakhir jurulatih sebelum mereka memulakan permainan
EC membuat sepak mula
Sesi memanaskan badan sebelum perlawanan
Pemandangan indah sekitar Padang MSAB



edit post

Memori ketika bertemu pasukan yang sama awal tahun 2011 yang lalu.
8 November 2011, Selasa. Beberapa kesukaran yang dihadapi ternyata tidak mematahkan semangat kami - terutamanya anak-anak muda dari Pasir Gudang "The Rhino" untuk merealisasikan perlawanan persahabatan pada petang ini. Kehadiran mereka seramai sekitar 20 orang dengan menaiki kenderaan sendiri, tanpa jersi apatah lagi mendapat sebarang tajaan,  memang menunjukkan kecintaan mereka yang mendalam terhadap sukan ragbi. Kesungguhan mereka di luar padang berterusan hingga ke dalam padang. Mereka komited untuk memberikan persembahan yang terbaik. Kemenangan atau kekalahan bukanlah kayu pengukur terbaik untuk sesuatu perlawanan persahabatan seperti ini, sebaliknya membina persahabatan dan silaturrahim seperti ini sendiri sudah membawa makna yang cukup besar. Penilaian buat Tanjung Rhinos pemain-pemain semakin selesa untuk bermain walaupun berhadapan dengan lawan yang lebih dewasa, ini bermakna mereka telah berjaya untuk 'membesarkan' mental mereka. Pemain juga bermain di posisi masing-masing dengan kualiti yang jauh berbeza berbanding awal dulu. Terima kasih kepada En Nasrieq Naser yang telah mengaturkan perlawanan persahabatan pada petang ini. Perlawanan persahabatan terakhir untuk tahun 2011 dijadualkan berlangsung pada hari esok bertemu dengan UDA Rugby, namun atas beberapa masalah teknikal perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan. Tanpa disangka-sangka kami berjaya mengatur perlawanan persahabatan terakhir menentang Pasukan Maktab Sultan Abu Bakar yang akan berlangsung pada pagi 10/9/2011 di Padang MSAB. (Tiada gambar yang diambil pada petang ini juga merupakan sebahagian daripada kesukaran yang dihadapi)



edit post

Tanjung Rhinos di padang ragbi SMKBBU yang baru
2 November 2011, Rabu. Pasukan Ragbi Tanjung Rhinos telah berkunjung ke SMK Bandar Baru Uda untuk mengadakan perlawanan persahabatan ragbi. Pasukan Uda Rugby yang dibimbing oleh Cikgu Suzeli telah beberapa kali bertemu dibeberapa kejohanan termasuk Iskandar Malaysia Rugby Challenge 2010, Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru dan beberapa siri perlawanan persahabatan. Perlawanan petang ini merupakan medan untuk kami mencuba beberapa perkara untuk menghasilkan dan mewujudkan pasukan yang lebih baik. Keseluruhannya, percubaan kami menghasilkan keputusan yang sangat memberangsangkan dan memberikan bentuk permainan yang lebih baik dan berkesan. Beberapa siri perlawanan persahabatan telah diatur sebelum tahun 2011 menutup tirai. Kami menanti hari Khamis minggu hadapan untuk menerima kunjungan Uda Rugby ke laman kami untuk kembali berentap.

Pasukan Ragbi UDA



edit post

Go Hard Again (0)

7:09 AM by , under

Tribute to Tanjung Rhinos 2010-2011
Mencari kejayaan yang lebih besar - SPM 2011
Selamat maju jaya buat semua Pemain TR 2010-2011 yang akan menduduki SPM 2011. Anda pernah melalui saat-saat gembira mengecapi kemenangan hasil usaha yang tidak pernah putus-putus dan didorong oleh jiwa yang tidak mudah dikalahkan. Ayuh lakukannya sekali lagi dalam SPM 2011 anda.



edit post