TR:Rugby

Inspirational SMV Tanjung Puteri Rugby Team (Tanjung Rhinos)

Memori ketika bertemu pasukan yang sama awal tahun 2011 yang lalu.
8 November 2011, Selasa. Beberapa kesukaran yang dihadapi ternyata tidak mematahkan semangat kami - terutamanya anak-anak muda dari Pasir Gudang "The Rhino" untuk merealisasikan perlawanan persahabatan pada petang ini. Kehadiran mereka seramai sekitar 20 orang dengan menaiki kenderaan sendiri, tanpa jersi apatah lagi mendapat sebarang tajaan,  memang menunjukkan kecintaan mereka yang mendalam terhadap sukan ragbi. Kesungguhan mereka di luar padang berterusan hingga ke dalam padang. Mereka komited untuk memberikan persembahan yang terbaik. Kemenangan atau kekalahan bukanlah kayu pengukur terbaik untuk sesuatu perlawanan persahabatan seperti ini, sebaliknya membina persahabatan dan silaturrahim seperti ini sendiri sudah membawa makna yang cukup besar. Penilaian buat Tanjung Rhinos pemain-pemain semakin selesa untuk bermain walaupun berhadapan dengan lawan yang lebih dewasa, ini bermakna mereka telah berjaya untuk 'membesarkan' mental mereka. Pemain juga bermain di posisi masing-masing dengan kualiti yang jauh berbeza berbanding awal dulu. Terima kasih kepada En Nasrieq Naser yang telah mengaturkan perlawanan persahabatan pada petang ini. Perlawanan persahabatan terakhir untuk tahun 2011 dijadualkan berlangsung pada hari esok bertemu dengan UDA Rugby, namun atas beberapa masalah teknikal perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan. Tanpa disangka-sangka kami berjaya mengatur perlawanan persahabatan terakhir menentang Pasukan Maktab Sultan Abu Bakar yang akan berlangsung pada pagi 10/9/2011 di Padang MSAB. (Tiada gambar yang diambil pada petang ini juga merupakan sebahagian daripada kesukaran yang dihadapi)



edit post

0 Reply to "Pasir Gudang Rugby Team "The Rhino""

Post a Comment